PENGENALAN:
Kelapa sawit terdiri daripada dua spesies Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit afrika, Elaeis guineensis, berasal dari Afrika barat diantara Angola dan Gambia, manakala kelapa sawit Amerika, Elaeis oeifera berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia adalah tanaman utama di Malaysia pada masa kini. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2009 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975.
Tajuk kami ialah cabaran dan permasalahan yang berkaitan pokok dan buah kelapa sawit. Kami memilih tajuk ini kerana penanaman kelapa sawit semakin meluas di Malaysia. Kami memilih tajuk ini juga kerana penanaman pokok kelapa sawit antara salah satu subjek yang kami pelajari di Politeknik Jeli ini.Melalui kajian yang kami telah lakukan selama beberapa hari di FELCRA BERHAD kawasan Air Htam ,Jempol,Negeri Sembilan kami telah menemui pelbagai jenis cabaran dan permasalahan yang berkaitan pokok dan buah kelapa sawit.
Kami telah menemu ramah pengurus ladang FELCRA tersebut.Beliau telah menceritakan pelbagai cabaran dan permasalahan yang terpaksa dihadapi oleh mereka. Antara cabaran dan permasalahan yang terpaksa dihadapi ialah serangan serangga perosak seperti serangan kumbang tanduk dan ulat bungkus.Selain itu,cabaran yang terpaksa dihadapi oleh ladang FELCRA tersebut ialah kes kecurian buah sawit.Pengurus ladang sentiasa meronda didalam ladang untuk memastikan bahawa tiada kecurian buah sawit berlaku.Cabaran kedua yang terpaksa dihadapi oleh syarikat tersebut ialah permukaan muka bumi yang tidak rata.Permukaan muka bumi yang tidak rata menyukarkan lagi penanaman anak pokok.Selain itu permukaan muka bumi yang tidak rata juga menyukarkan lagi pengeluaran hasil buah kelapa sawit.
Selain itu, beliau juga menceritakan tentang permasalahan yang terpaksa dihadapai oleh pihak FELCRA. Antara permasalahn yang diceritakan oleh beliau ialah serangan serangga perosak.Salah satu serangga perosak yang menjadi punca utama ialah kumbang tanduk. Seterusnya,kes kecurian buah kelapa sawit juga menjadi salah satu permasalahan yang terpaksa dihadapi oleh pihak FELCRA.Pihak FELCRA terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membuat pagar untuk mengelakkan berlakunya kekerapan kes kecurian.Pihak FELCRA juga terpaksa membuat parit sempadan untuk membezakan tanah FELCRA dan tanah persendirian.Parit sempadan ini juga dapat mengelakkan daripada pihak persendirian membawa buah kelapa sawit kepunyaan FELCRA.
Inilah antara penyebab kami memilih tajuk cabaran dan permasalahan yang berkaitan pokok dan buah kelapa sawit.Kami juga berasa tajuk ini sangat menarik disebabkan kami boleh mempelajari lagi berkenaan kelapa sawit dengan lebih mendalam lagi.Kami boleh melihat suasana didalam ladang kelapa sawit.

No comments:
Post a Comment